Info Biopsi
PAUTAN BERKAITAN
Bengkak/Benjolan Kepala & Leher
Bengkak/Benjolan Tiroid
Bagaimana pula ketepatan keputusannya ? Ketepatannya ada lebih kurang 90% jika prosedur ini dilakukan oleh pakar bertauliah. Jika ketepatan lebih tepat diperlukan, maka pembedahan cara hirisan kulit memang diperlukan tetapi berwaspada langkah berjaga-jaga dan kelemahan cara ini yang dihuraikan di atas. Apakah kelebihan kalau pakar bedah yang menjalankan prosedur tesebut ? Pengambilan sampel atau prosedur lain berpandukan ultrasound ‘live’ oleh pakar bedah memerlukan latihan dan pengalaman tambahan, selain alat-alatan perubatan tambahan. Di sini, kami terlatih dan terdorong untuk melakukan prosedur kerana kelebihan dan faedah-faedah cara ini. Sebagai pakar yang mendengar dan menilai lanjut penyakit pesakit dari permulaan pertemuan/temuduga pesakit, kami juga dapat mengaitkan dan mengkorelasikan simptom- simptom, hasil pemeriksaan fizikal dengan keputusan imbasan ultrasound dan sampel ketulan tersebut. Kami percaya, berdasarkan pendekatan yang menyeluruh ini, faktor-faktor ini dapat digunapakai untuk menentukan bentuk dan cara rawatan yang paling sesuai untuk pesakit kami. Adalah ia sakit? Seperti proses pengambilan darah, cuma dalam prosedur ini, jarum halus itu ditujukan dari pelbagai arah ke ketulan yang menjadi persoalan di bahagian kepala dan leher dalam usaha merangkumi kawasan paling luas untuk mendapatkan sampel ketulan yang terbaik. Maka kalau ada pun, mungkin lebih sedikit sakitnya daripada proses pengambilan darah yang biasa. Jarang ubat buis setempat diperlukan.
Biopsi secara hirisan kulit terbuka untuk mendapatkan sampel (sebagai langkah terakhiir)
Pemeriksaan endoskopi telinga, hidung dan tekak penting
Fakta benar mengenai benjolan/ketulan di kepala dan leher: Biasanya berasal dari kelenja limfa leher, tiroid, air liur atau kulit. Kebanyakan benjolan tiada kaitan dengan barah/kanser. Sesetengah perlu dirawat dengan ubat-ubatan. Sebahagian yang lain hanya pemantauan. Bukan semuanya memerlukan pembedahan. Sebelum ketulan dibedah, adalah lebih baik untuk memahami sifat dan kandungan ketulan tersebut kerana maklumat ini akan mempengaruhi perancangan rawatan pembedahan. Sememangnya dimana yang mungkin (penjelasan lebih lanjut di bawah), adalah tidak digalakkan untuk terdahulu untuk membedah dahulu tanpa pengetahuan sifat dan kandungan benjolan tersebut.
Kini, teknologi moden membenarkan kita menggunakan kaedah/pendekatan minima ‘minimally invasive’ untuk memahami sifat dan kandungan benjolan tersebut sebelum langkah seterusnya dalam rawatan. Keadah yang sering digunakan adalah melalui jarum halus atau alat biopsy untuk mendapatkan secebis sampel dari benjolan. Penambahan teknologi imbasan secara penyiaran langsung ‘live’ (biasanya secara ultrasound) menambahkan ketepatan proses pengambilan sampel ini. Apakah perbezaan utama biopsi/pengambilan sampel sel dengan atau tanpa pengunaan ultrasound ? Penggunaan ultrasound membolehkan imbasan (“Scan”) secara “siaran langsung” (live) pada ketulan yang anda bimbangi. Ketulan mungkin dalam 2 jenis iaitu jenis berisi air (“cyst”) ataupun jenis berdaging (“solid”). Biasanya bahagian keras lebih cenderung untuk bertukar kepada Tanpa system imbasan yang dapat melihat ke dalam struktur ketulan tersebut, pemeriksaan luaran oleh doktor tidak dapat memastikan susunan struktur dalaman. Walaupun jarum dapat ditusuk ke dalam ketulan tersebut, memandangkan kemungkinan susunan berlainan struktur dalaman adalah begitu banyak, belum tentu lagi jarum yang ditusuk itu dapat masuk ke dalam bahagian yang paling mungking berkanser ? Satu lagi kelebihan penggunaan ultrasound ini adalah ia dapat mengesan ketulan di bawah permukaan (contohnya 2cm) walaupun segalanya nampak normal atas permukaaan. Walaupun penggunaan system ultrasound datang dengan kos yang lebih tinggi, namun kelebihan ketepatan ujian tersebut jauh mengatasi isu kos. Apakah kepentingan bahagian berair (“cyst”) dan keras (“solid”)? Adalah agak biasa untuk pesakit untuk bimbang akan perubahan kanser. Perubahan tersebut sememangnya lebih berkemungkinan di bahagian keras berbanding bahagian berair. Satu lagi kelebihan kaedah berpandukan imbasan langsung adalah jarum tusukan itu dapat juga digunakan untuk menyalir sebarang cecair dalaman (kecuali jika cecair tersebut terlalu melekit) dan mengecutkan dengan serta-merta benjolan tersebut. Alangkah baik sekiranya mendapat leher ‘baru’ (tanpa sebarang benjolan yang jelas) serta-merta ! Kemungkinan pelbagai jenis susunan ketulan keras dan berair dalam benjolan itu tidak dapat dinafikan, seperti yang digambarkan di bawah.
Benjolan kelenjar tiroid
Benjolan kelenjar air liur parotid
“Don’t shoot then ask !”
(graphic credit: www.historyisnowmagazine.com)
“Tak nampak, maka tak dapat sasar, Tak dapat sasar, maka tak tepat”
Apakah kelebihan penggunaan ultrasound ? Oleh kerana ultrasound tiada kesan radiasi, ia selamat digunakan untuk tujuan imbasan kaum wanita mengandung, janin dan kanak-kanak. (maka sememangnya kita semua telah pernah di’scan’ satu ketika dulu semenjak kita dalam kandungan ibu lagi !) Ia membenarkan penilaian secara ‘live’ iaitu siaran langsung menampakkan perubahan serta-merta yang berlaku, semasa Berbanding dengan CT scan, untuk tujuan penyakit tiroid, ultrasound jauh lebih murah, lebih tepat dalam menampakkan struktur dalaman dan tiada kesan radiasi. Ia mesin yang lebih kecil, ringan dan ditolak dengan cepat ke tempat rawatan yang diperlukan. Ultrasound bukan sahaja menampakkan bahagian keras (“solid”) dan berair (“cyst”) dengan lebih jelas, ia juga membolehkan pengkajian lebih lanjut sama ada ia mempunyai kecenderungan kanser berdasarkan ciri-ciri tertentu pada ultrasound. Prosedur lanjutan dapat dilakukan adalah seperti pengambilan sampel melalui biopsy, kajian sel sitologi, penyaliran cecair, skleroterapi (proses mengeraskan bahagian berair). Prosedur dapat dilakukan atas orang dewasa dan kanak-kanak (walaupun ubat buis sepenuh badan diperlukan sekiranya kanak-kanak tidak dapat memberikan kerjasama) Apa jikalau kebetulan ketulan tersebut berkanser ? Pengambilan sampel menggunakan jarum halus (FNAC) terbukti TIDAK meninggikan risiko penyebaran sel kanser. Sebaliknya pengambilan sampel tisu melalui hirisan kulit (open incisional biopsy) yang boleh menyebarkan sel kanser sepanjang hirisan kulit tersebut. Akibatnya harapan nak mengubati kanser tersebut akan terjejas. Biasanya jikalau seseorang pesakit didapati mengidapi penyakit bengkak kelenjar leher, dia akan memerlukan pemeriksaan menyeluruh telinga, hidung dan tekak termasuk endoskopi demi mencari punca keradangan, jangkitan atau kanser yang meyebabkan bengkak kelenjar limfa di leher. Proses keradangan dan barah memang mungkin merebak dan melibatkan bahagian berdekatan.
Pelbagai susuanan struktur dalaman, lebih daripada apa yang mata boleh nampak dan jari dapat rasa !
“Ask first (the nature of swelling), then shoot (treat/remove surgically if needed).”
PENDIDIKAN
Prosedur berpandukan Ultrasound dalam Klinik
DOWNLOAD OUR CONTACT DETAILS:
ENTdrvincenttan@gmail.com
+603-3377 7864 +6012-3760 728
Vincent Ear, Nose, Throat, Head and Neck Surgery Specialist Clinic, Clinic Suite 210, Level 2, KPJ Klang Specialist Hospital No.102, Persiaran Rajawali/KU 1, Bandar Baru Klang, 41150 Klang, Selangor
Mon-Fri: 930am-5pm Sat: 9am-1230pm
vincentENTHNS
3.062578,101.46332 (Google Maps, Waze: KPJ Klang, Vincent ENT)
CONTACT US
CLINIC HOURS:
Vincent ENT Clinic
Language/语文 :
vincententhns
VINCENT
Ear, Nose and Throat (ENT), Thyroid, Head and Neck Surgery
Specialist Clinic
Committed to YOUR Well-being
DR. VINCENT TAN Consultant Ear, Nose and Throat, Head and Neck Surgeon, KPJ Klang Specialist Hospital MD (UKM), MS ORL-HNS (UKM), DOHNS RCS Edinburgh (UK), MRCS Edinburgh (UK), Postgrad. Cert.in Allergy (UK), A.M. (Mal),  Fellowship in Rhinology (Singapore) Fellowship in Head and Neck Oncology & Surgery (Amsterdam)  +603-3377 7864 +6012-3760 728 ENTdrvincenttan@gmail.com www.vincentENTHNS.com www.biopsy-thyroid-ent.comt.com
Copyright Dr.Vincent Tan 2020

APPOINTMENT:  +603-3377 7864 +6012-3760 728 VINCENT EAR, NOSE & THROAT, THYROID,  HEAD AND NECK SURGERY SPECIALIST CLINIC 